Sunday, April 16, 2017

Boat noodle at teh o ice 50cent

Minggu lepas aku ada urusan kat Gelang Patah. dah alang2 sampai sana tekak ni terasa nak makan boat noodle la plak. jadi mari la cari.

Sebelum ni aku penah makan boat noodle kat Taman Nusantara tapi macam ingat2 lupa la tempat die. tapi aku terjah jugak. nasib baik jumpa.

ok menu kita hari itu











regular boat noodle - rm1.90

thai shrimp tomyam boat noodle - rm2.90

sangkaya bun - rm6.90+

teh o ais - rm0.50

pulut mangga - rm7.90(xde dalam gambar)

total = rm20.50



bagi aku boat noodle kat sini memang gred A la. sbb aku penah makan kat Kilang Bateri memang xleh celen langsung. cuma kat sini memang pedas sikit. walaupun yg regular. so anak aku makan sangkaya dan pulut mangga jela.

owh ni first time aku makan sangkaya. selama ni aku ingatkan sangkaya tu aiskrim. rupanya bukan. ke memang ada aiskrim nama sangkaya gak ke ek? hmm??

anyway, kaya die sedap gilos. lemak berkrim pastu ada hint2 rasa pandan sket. pulut mangga die pun sedap. ada lagi satu lagi dessert kat situ yg sedap nama die water chestnut. die pulut warna merah dalam ada sengkuang cina kot. sedapppppp....






 water chestnut (imej google)



teh tarik ais kat situ pun sedap.
harga dalam rm5.90 kot.
x ingat sbb masa tu org lain belanja. hehehe





Wednesday, October 26, 2016

William's Corner

minggu lepas aku gi Selangor sbb adik aku konvo. xtau nak makan kat mana. adik aku bawak aku gi William's Corner kat Petaling Jaya.

kitorg xtau nak order apa. so adik aku yg order kan.





nasi goreng ketam (RM30)










mix grill (boleh pilih nak rm50 @ rm80 : dalam ada minced meat, grilled lamb, grilled chicken, mashed potato, griled chicken sosej, spicy meat tender)







beef lasagna (rm30)



air epal (gelas besar rm30)

iced blende soursop (rm20)



total rm160
makan untuk 6 dewasa
2 kanak-kanak


macam yang korang boleh nampak, pinggan die memang besar macam pinggan nasi tambah. so kalau nak makan memang kena makan ramai2. ni pun kitorg order 3 pinggan je tapi die punye kenyang sampai xleh nak jalan. hahahah

owh nasi goreng ketam tu memang power sbb die guna ketam softshell. bila makan kunyah skali kulit die memang perghhhh terangkat beb!








Monday, September 5, 2016

Black Canyon Coffee

3o Ogos besday mak aku. so plan nak ajak mak klua makan2 la. kitorg gi makan kat Black Canyon Coffee.



arah jam : hor fun, air cold matcha green tea, tomyam ayam, nasi putih, 
sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour





kitorg order :
set makan untuk 2 org - boleh pilih antara 2 set (RM36+)
kitorg pilih set (sayur chapcai, ayam sweet n sour & tomyam ayam)
hor fun (Akak order) RM13
kerabu mangga RM13+
air cold matcha green tea RM5+
jus tembikai RM8+


total RM75+

bagi aku berbaloi la. sebab semua sedap kecuali tomyam die x pedas sangat. aku suka tomyam pedas. yang paling sedap kerabu mangga la. dah la masa tunggu order kerabu mangga yg sampai dulu. ktorg melantak sampai separuh tau. hahaha punyela sedap.

setakat ni Black Canyon Coffee yang aku dah pegi cuma kat Aeon Bukit Indah n Tebrau. so far dua2 ok. so kalau korg rasa nak makan masakan thai yg dekat dengan shopping mall, boleh try sini k.




Saturday, April 2, 2016

Smalta Ice Cream

semalam Al ajak gi jalan2 ke Uptown Pandan. kan ari tu die eksiden. so kasut die memang dah hilang mana tah. jadi mari la kita misi mencari kasut dan mengepau aku le. huhuhuhu

dah penat2 melayan Al shopping rasa haus lak. pastu tetiba nampak ada org jual aiskrim la. aku penah nampak kat tv tapi xtau lak kat Uptown ada. so mari la kita cuba.

mula2 pekerja die amik adunan aiskrim. aku pilih perasa coklat mint with choc chip. tuang atas aiskrim maker die tu.




sapu2 macam sapu marjerin.







lepas tu scrap sikit2 sampai habis. pastu kita ketuk2 die biar sebati.







dah siap!



suka la budak sakit tu dapat aiskrim. verdict?
sedap! rasa agak sama dgn aiskrim kat Ice Cream Project cuma ada lain sikit sbb rasa mint kot.
harga pun lebih murah.
untuk yg satu scoop aiskrim coklat choc chip mint ni hanya rm7.50 je!

kalau korang nak try, boleh pegi Uptown Pandan, JB.
die gerai hujung skali. dekat2 dgn Coolblog.





Monday, March 28, 2016

Murni Discovery Sek 7

minggu lepas pegi Selangor menjenguk anak sedara. x sempat gi jalan2 sangat pun tapi sempat la merasa masakan western sedap. kitorg makan kat Murni Discovery Sek 7.

ikutkan cakap adik aku, tempat ni kira hot spot untuk students. dengan harga yg berbaloi, servis tip top memang x menyesal la makan kat sini. cuma kekurangan die xde privacy. sbb tempat pack kemain.







menu kami malam tu (clockwise) :

steak daging
spagetti carbonara
nasi maryland (nasi goreng + telur mata + chicken chop)

menu lain :
sosej wrap dgn ayam n ham ayam, chicken chop

air lak :
air traffic light (iced blended 3 layer kiwi, mango, strawberi)
corn slush (ais jagung)
iced lemon tea.
air boleh upgrade ke saiz besar iaitu sebesar jag air. kena tambah rm1@2

overall makan kat sini memang sedap. x sampai 15 minit dah sampai. portion die memang besar. paling sedap sos blackpepper die tu. kalau korg ni jenis perut kecik macam aku, baik la kongsi dgn kawan ke apa ek. sbb aku yg order steak. hanya mampu makan separuh je. nasib baik boleh tapau.

harga plak aku x ingat tapi rasa nya air traffic light saiz biasa rm5+, steak tu harga rm13+ kot. kira x mahal sangat la kan kalau sampai 2 org blh makan. mana tak nya pinggan besar muka aku kot. hahahahah





Sunday, September 20, 2015

Bread tart yumminess

semalam tetiba rasa nak makan tart la pulak. tapi xnak tart yg manis tu. lagipun kat rumah ada roti. jadi meh la kita cuba buat bread tart ye.

Bread Tart Cik D

Bahan2
Roti potong              4 keping
Daging burger          2 keping
tomato                     2 biji
bawang India           1 biji (potong dadu)
bawang putih            seulas (cincang)
halia                         seinci (tumbuk)
lada hitam                1 sudu kecil
timun                       1 biji
serbuk kari              1 sudu kecil
daun sup (potong halus)
garam


Cara2
1.  Panaskan oven ke 200 darjah celsius. Ambil roti, leperkan guna penggelek. potong kepada 4 bahagian.

2. Ambil bekas mufin, atau bekas tart. griskan sikit dgn minyak atau butter.masukkan satu bahagian roti dlm  bekas tersebut. buat untuk semua bahagian yg lain dan habiskan hingga 4 keping roti.

3.  Masukkan dlm oven dan bakar selama 10 minit. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan.

4.  Untuk inti, bakar tomato atas api. bila kulit tomato dah mula tukar warna dan terkopek sikit, angkat dari api. kopek kulit tomato dan hancurkan.

5.  Panaskan minyak. masukkan bawang India, bawang putih dan halia. bila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga daging bertukar warna, kemudian masukkan tomato, daun bawang, lada hitam, serbuk kari dan sikit garam.

6. Gaul hingga masak. masukkan timun, gaul sebati dan tutup api.

7.  Masukkan inti ke dalam acuan roti tadi. bakar dalam oven selama 10 minit. kalau nak tabur keju atas inti pun boleh tapi saya xde keju jadi saya letak marshmallow. jadi bila bakar, marshmallow akan rangup di atas tapi cair di bawahnye. dan tart rasa manis pulak. bila dah siap, boleh la di hidang. selamat mencuba.














bread tart marvelous





p/s : kalau nak cantik, keliling roti tu potong. tapi aku xnak membazir. hehehehe







 

Monday, July 27, 2015

Begedil ayam kentang cik Dina

masih mood raya ke?

aku dah boring dah makan masakan raya tapi dlm peti ais ayam masak merah banyak lagi. tekak nak makan makanan lain. rasa cam nak makan begedil la.


Begedil ayam kentang Cik Dina

Bahan2
ayam         dlm 500g(di carik2)
kentang     3 biji besar
bawang besar    1 biji(potong dadu)
daun bawang
ketumbar
jintan putih
jintan manis
lada hitam
halia
garam(campur air 2 sudu)
telur


Cara-caranya
1.  Kopek kentang, potong besar2 n rendam dalam air garam. goreng sampai kentang empuk. angkat dan tumbuk. kalau nak pakai food processor lagi senang.

2.  Disebabkan aku guna ayam yg dah di masak, aku basuh ayam hingga hilang rempah2 nya dan di carik halus. kalau nak guna ayam belum masak pun boleh. tapi korg kena goreng atau rebus dulu la. hehehe

3.  Tumbuk sedikit ketumbar, lada hitam, jintam manis, jintan putih dan halia hingga lumat. campurkan pada ayam yg di carik tadi. masukkan sekali daun bawang yg di potong halus dan bawang.

4.  Campurkan kentang yg sudah di tumbuk dgn adunan ayam tadi. letak sikit air garam. gaul sebati.

5.  Ambil sikit adunan tadi dan buat bebola2 kecil. celup dalam basuhan telur dan goreng dgn api sederhana besar. bila ia bertukar kekuningan, dah boleh angkat dan hidang. siap!





makan dah separuh baru ingat nak amik pic. heheheh








begedil up close. nyummmss