Saturday, December 15, 2012

Pak Akob Nasi beriani

semalam nape tah tekak rasa nak makan nasi beriani. owh aku ni sebenarnya memang suka nasi minyak dari nasi beriani sampaikan kalau mak balik kenduri kawin mesti aku tanya ada bawak balik berkat nasi x. hahahaha

tapi susah nak cari nasi minyak kecuali kat kenduri org kawin kan. so kami try la makan nasi beriani Pak Akob yg terletak di Taman Universiti. kedai ni berderet dgn Klinik Gigi Amim tu. nama jalan aku x perasan pulak. hehehe

nama kedai ni Pak Akob Nasi Beriani. dah lama dah aku usha kedai ni tapi baru semalam terdaya nak gi makan kat sana.

masuk2 je kedai dah macam cafe 1st class. memang suasana best giler. siap seating cantik je. aku gi berdua je dgn Al. Nia maktok die jaga. hehehe

kat sini menu die memang nasi beriani sahaja. jangan pulak korang datang pastu buang tebiat order mee goreng. memang mintak pelempang la tu. so aku order nasi beriani dgn ayam masak merah n Al lak order nasi beriani dgn daging.






pembuka selera sampai dulu iaitu pengat pisang(x sedap. aku xtau rasa apa. cam pelik je rasa die) dan buah-buahan potong.

x lama lepas tu hidangan pun sampai.








banyak kan? kat pinggan nasi tu ada acar buah n papodam. ayam masak merah tu dah macam 1/4 ayam je. besar bebenor. aku order air suam je. hehehe









ni Al punya. pun portion die besar. tapi die habis makan kecuali daging sbb liat. daging tu tersembunyi di sebalik nasi. die punya pun ada acar buah n papadom. kuah dalca tu sebenarnya kongsi. hehehe owh air Al air sirap limau.

x lama lepas tu diorg bawak dessert lak. kek coklat. tapi aku x makan pun. sbb dah kenyang sangat. tu pun nasi n lauk aku x habis kitorg tapau je bawak balik.

nak tau berapa semua kitorg kena?

aku masa hidangan semua sampai, aku dah gabra dah. siap bisik2 kat Al lagi. mahal ke tempat ni. rasa cam nak blah je. nasib baik Al tahan aku. owh semua rm18 sahaja. minuman kitorg kira skali dalam pakej kot. tah aku pun x sure.

owh kek coklat tu kan kitorg x makan so mungkin tu kira harga lain. tapi yg paling penting skali......ialah nasi beriani die memang sedapppppppp sesangat. nasi nya x berempah sangat. yela kadang2 nasi beriani ada org masak letak rempah die banyak sangat sampai ko xtau ko makan nasi ke ko makan nasi kari. camtu la perumpamaan nya.

nasi sedap, ayam masak merah pun sedap. acar die kureng sikit la. kuah dalca die pun ok. em daging die cam liat sikit kot. but overall aku rasa makanan die sedap. korg patut cuba. =)











Friday, December 14, 2012

Black pepper lamb pie

teringin sangat nak makan pai tapi xtau nak beli kat mana. so pusing2 Aeon ternampak la Secret Recipe. masuk dalam tengok ada black pepper lamb pie.




satu ni harga die rm8 je.



rasa die ok kot. tapi lama2 die punya tepung tu rasa muak pulak.



hmm mana la nak cari apple pie cam dalam Man vs Food tu?

tula asyik tengok food channel je. hehehehe






Thursday, November 15, 2012

Domino's and Snogurt

semalam aku puasa. so tekak ni mengada lak nak makan Domino's.

jadi ke Domino's Taman U sebab itu je yg paling dekat. pegi berdua je dgn Nia. ala nak tapau je pun. xkan lama kan.

so smapai2 je terus order. masa order tu dah kol 6.30pm. so ok la. mesti masuk waktu je pizza mesti dah siap kan. tapiiiiii.......tetiba je budak kat kaunter tu cakap oven diorg ada masalah sikit. maybe pizza lambat lagi masak.

xpe. masih leh sabar lagi. nak tunggu pun x guna kan jadi marila mencari benda lain nak makan. jadi ke Snogurt la kita. dah alang2 kedai nya sebaris je kan.

owh pada yyg xtau, Snogurt ni cam Tutti Frutti gak cuma beza harga rm1 je.







Nia x sabar nak makan. posing je sebenarnya. pandai Nia posing kan?
masa ni dah kol 7. terpaksa la aku berbuka Snogurt. 'terpaksa' konon. puihhh...hehehehe












aku amik 4 perasa. butter cream, coklat, mixed berries, dan mango n peach. amik topping milo balls n honeystars tuk si kecik tuh.

pendapat aku? bagi aku Tutti Frutti lagi sedap kot. ni rasa cam tawar sket. macam kurang yogurt kot. dah kata murah singgit kan. mesti la ada yg kurang.

harga semua skali rm8.50. setiap 100g rm4.90. slalu kalau makan kat Tutti Frutti dah kena rm12-13 kan. so kat sini kira murah sikit la.









kami duduk kat bed chair ke apa tah tapi memang comfy giler la. Nia siap guling2 lagi kat situ. so kalau sape2 yg bawak baby memang senang la. leh baringkan die kat situ.








tengok la tu. bukan main lagi dak kecik ni kan.




setel makan kami berpatah balik ke Domino's. dapat order kami kol 7.40pm terus berdesup balik rumah sbb nak kejar solat maghrib.

aku order pakai kupon. 1 regular pizza + cheese onion ring + cinnamon sticks cuma rm25 je. tapi aku bayar rm26.50. kira rm1.50 tu tax la. sape2 yg nak kupon Domino's sila la mintak diorg. hahahaha

owh pizza tu x sempat amik pic pun. habis solat terus ngap. dah lapo kan.

tapi pizza Domino's memang sedap n x menyesal pun beli. sbb sebelum ni pegi  15 minit camtu dah siap dah. n diorg bagi kupon 1 regular pizza free untuk 1 pembelian tanda maaf . xtau bila nak redeem. so kira ok la tu kan. =)












Monday, May 21, 2012

Kfc Pokkits

korang dah try Pokkits, menu baru dari KFC?


kfc
ni gambar die. TQ Mr google.


ada 2 benda aku nak cakap pasal benda alah ni. 1st, benda ni kecik. macam korang makan sandwich separuh. camtu la bentuk die. makan pun takat celah gigi je.

2nd, benda ni sedap tapi mahal sbb beli kat KFC. aku rasa baik korg beli burger tepi jalan je. kenyang dan berbaloi dgn harga.


dah la. malas cakap banyak. da da.....







Tuesday, February 21, 2012

Of Cakes

lately ni aku suka makan benda2 manis. kalau coklat tu memang sentiasa je ada stok dalam fridge. tapi sekarang suka makan kek la pulak. so nah limpahan kasih sayang dlm bentuk cupcake yg comel.




chocolate cupcake with chocolate icing n red velvet cupcake. rm4.50 tiap satu.


memula nak beli tu, aku rasa cam mahal gilos just for cupcake. tapi beli la jugak sbb kawan aku yg rekemen kan. sekali gigit terus rasa HEAVEN! sedap x hengat beb. yg perasa coklat tu rasa cam kek coklat biasa je tapi yg red velvet tu yg rasa sedappppppppppppppp.......

ada jugak perasa lain cam oreo, vanila, orange etc.... tapi red velvet ni susah nak ada. asyik habis je. aku ngidam nak makan ni dah sebulan tau. semalam baru dapat.

owh beli kat iDonut Coffee. die cafe yg jual donat stail Big Apple tapi ada jual cupcake. donat nye aku x try lagi. macam kureng je. lokasi dalam Angsana. level paling bawah berdekatan Watson.





ni lak kek Secret recipe. berry chocolate cheese cake. rm6.80





gambar close up.





p/s : i have a sweet tooth. hoyeah!!!





Thursday, February 9, 2012

Restoran D'Terrace BBQ dan Steamboat

Sabtu minggu lepas, aku n Al saje la membelanja satu family aku makan steamboat. ni bukan steamboat yg pakai lori yg ada banyak kat Dataran JB tapi ni restoran khas untuk makan stimbot saje. owh ada bbq jugak. so xde la korg bosan ke apa kan.

eh lupa lak nak cakap nama restoran tu Restoran D'Terrace. lokasi adalah bersebelahan dgn Malay Village. kalau korg tau sekolah Sultan Abu Bakar(EC), restoran ni kat seberang jalan je. tapi nak ke sana kena lalu roundabout la apa la kan.

kalau dari Dataran Jb arah nak ke hospital korg belok kiri. nampak je gerai stimbot tepi jalan sebelah kiri, sebelum traffic light belok kiri lagi. jalan lagi pastu ada traffic light lagi. lepas je traffic light tu, korg cari signboard D'Terrace belah kiri. ala dulu kawasan tu ada kedai spa. sekarang dah tukar jadi kedai makan.




nama restoran.


harga dewasa rm20.90. kanak2 umur 3 tahun dan ke atas rm9.90.
makan ikut menu yg ada la iaitu stimbot dan bbq. kalau korg ni jenis nak kena makan kanji(nasi, mee n etc), kat sini memang di sediakan. air pun ada 2-3 jenis. pencuci mulut pun di sediakan. tinggal korg makan je. makan pun xde limit. korg nak makan sampai muntah pun ok je.




hasilan stimbot. ni baru 1st round.


kuah untuk stimbot ada 2 jenis. sup biasa dan tomyam. kalau habis boleh mintak refill. best kan tempat ni? bbq pun best. ada daging n ayam yg siap di peram. tinggal korg nak bbq je.

owh kat sini jugak ada buai untuk baby. so korg xyah la susah2 nak pegang baby korg sambil gilir2 makan ke apa kan. tapiiiiiii.....kena buat tempahan. sebab tempat ni  mmg selalu pack. aku pernah datang masa hari cuti n hari bekerja. sentiasa je pack. so kena la datang awal untuk buat tempahan ye.


ok la. selamat mencuba!

Monday, January 30, 2012

Mee rebus tulang ZZ

masa tu besday MIL. cari2 tempat makan best. teringat mee rebus tulang ZZ. kan ada 8tv buat review pasal tu kan. yg ikut masa tu cuma aku, Al, Nia(ofcos la ada kan), MIL dan Yani je. yg lain2 x cuti n FIL lak keje. so mari kita try itu mee rebus.




 semua pun order mee rebus.
sepinggan rm5 (kalau x silap aku la)










ni pinggan Al. tgk la banyak kan? sbb aku x suka sedut bahagian lemak ke apa tu. so tulang bahagian aku, aku bagi kat die.

rasa die? korg penah makan mee rebus Stulang x? camtu la rasa die. sama je. cuma ada 2 ketul tulang gearbox. dah la kuah die x panas pun. dgn kitorg duduk kat hujung dunia. 30 minit baru siap order n dapat makanan kot.

yg best kat situ maybe suasana kot. kitrog makan kat dlm pondok. ala macam pangkin. adala meja2 makan semua. tapi kat pondok lagi best. Nia pun sedap je baring kat lantai. xde la kitorg makan kena pegang die.

itu jela kot. dah xde idea dah. hehehe







Sunday, January 29, 2012

Imano's Cafe

sambut besday Al sambil jalan2 cari makan di Imano's Cafe.



 aku punye. ultimate lasagna rm15.90 dgn air tembikai rm6.90(kot. aku x ingat harga)

ada coleslaw, salad, chicken lasagna n ayam goreng dgn sos blackpepper. memang sedap sesangat. sampai habis licin aku makan. hehehe


Al punye. nasi beriani ayam rm8.90. die minum air cafe latte. pun aku x ingat harga

pun sedap gak. dah la pinggan besar, nasi die pun banyak. Al sampai x larat nak jalan lepas tu. hahahahahah Imano's Cafe ni terletak dalam plaza Angsana aras 3 sebaris dgn Nasi Ayam Penyet Ria. sangat highly recommended sbb sedap dan berbaloi dgn harga nye.

owh nasi ayam penyet tu aku dah rasa. langsung x sedap. nasi keras. bakso x sedap. meehoon pun keras. kalau korg nak try gak cea try gi makan sana. gerenti x nak lagi. hak3

Thursday, January 26, 2012

Makan di Vivo

ari rabu minggu lepas aku meneman Kak Sri shopping. yela kan gaji dah masuk. tekak ni asik la nak makan salmon. so aku ajak Kak Sri cuba makan kat Vivo Taman Sutera. kebetulan dalam menu ada salmon. suka...suka...suka....hehehehehe






fish baked cheese. Kak Sri punye. ok la. lebih kurang cam meatballs baked cheese cuma yg ni fish. cepat muak sbb banyak cheese.






aku punye. salmon lemon herb with tomato sauce. rm19.90 je.



kalau kat Ichiban ramen, salmon nye sikit je. yg ni memang satu slice yg besar tu. makan sampai nak muntah. hahaha





air tea latte dgn iced blended chocolate. owh yg macam awan nano tu Ina. anak Kak Sri.


kitorg ada order dessert chocolate brownies with ice cream tapi aku x snap pic pun. sbb dah habis di makan Ina. hehehe

overall makan kat Vivo kira ok la. sedap gak. cuma tah la xde yg special kot. masakan western die biasa2 je.




p/s : lepas ni mana pulak?




Kata Aluan

sebenarnya ni 2nd blog aku. yg first dah 2 tahun dah umo die. yg baru ni lak tetiba idea tu datang nak buat blog baru. yela aku ni kan kira suka cuba makanan baru. so apa kata aku buat blog khas pasal jalan2 cari makan ye dak?

so here it is!

harap korang suka. aku akan letak harga n alamat sekali untuk senang bagi korg cari if nak cuba makan kat situ. senang kan?


wish me luck okay!