Monday, February 18, 2013

Bubur nasi Sentosa

semalam keluar dgn Al tetiba lapo lak. terasa nak makan bubur nasi. so kami terus je ke Taman Sentosa. kat sini ada bubur nasi yg sangat sedap. biasa org panggil bubur nasi Sentosa. diorg ni dah banyak cawangan dah tapi yg first mula kat Taman Sentosa sbb tu la dapat nama camtu.

nak cari tempat ni senang je. korg google je Taman Sentosa, Johor. nanti korg akan terus dapat lokasi die. diorg ni gerai makan tepi jalan je. bukan restoran. buka dari petang sampai malam. kat sini ada gak makanan lain cam otak2, ikan bakar, makanan goreng2 pun ada. tapi yg paling hot bubur nasi la.







bubur nasi itu. semangkuk rm5.


arah jam : bubur nasi kosong, kangkung belacan, telur masin + kacang goreng + ikan masin + lobak asin(semua sepinggan) dan ikan bilis goreng dgn bawang.








upclose. memang terbaik!!




aku ada gak makan bubur nasi kat tempat lain n kat cawangan die tapi semua xleh lawan yg kat Taman Sentosa ni. walaupun korg rasa benda ni simple je tapi sedap. terangkat beb. higly recommended. korg patut cuba. ;P





owh ni lak popcorn sedap.


beli kat pasar malam Kg. Melayu, JB. memang sedap. pasar malam ni tiap ari isnin. rasa die cam popcorn yg mahal tu. aku lupa lak jenama die apa tapi mahal la. satu bekas kecik je dah berapa belas ringgit. popcorn ni aku beli rm3 je. mahal sikit la dari popcorn biasa yg rm1 tu tapi ni lebih sedap. berbaloi la dgn harga die. hehehe






UPDATED


ada yg tanya aku lokasi sebenar bubur sentosa tu. aku lupa lak ada org dari luar jb yg search ye. ok aku up kan peta bagi korg tgk ye.










nah.

yg aku bulatkan tu, la lokasi nya. belah kiri jalan tu yg jual diorg semua melayu. belah kanan semua nya cina. biasa buka malam je. dari kol 6 ke atas kot. owh dekat dgn 7eleven.

kat situ pun ada bubur lain gak. tapi korg kena cakap nak bubur special. pastu biasanya pakcik yg amik order tu akan main jerit je kat tukang masak. kadang2 die pakai pembesar suara. hahaha





Wednesday, February 13, 2013

Mee racun Batu Pahat

ari sabtu lepas bersempena dgn CNY kami saje2 je jalan2 cari makan. cari makan apa? mee racun....ye nama die mee racun. macam ngeri je dengar kan. sebab tu la aku terasa nak cuba.

lokasi makanan adalah di gerai Taman Gembira Batu Pahat. nama jalan xtau sbb aku ikut tunjuk arah org. sila korg google dan cari sendiri.




nama kedai.





sampai2 je gerai tu memang full house. maybe sbb cuti kan. sampai nak duduk pun kena cari kerusi sendiri. kitorg order mee racun biasa je. ada mee racun special 1 dan 2. apa isi kandungan tidak la kami tahu. korg kena datang sendiri n order untuk tahu. owh special 1-rm6, special 2-rm7.







mee racun biasa. sepinggan rm3.50 je






rasanya boleh tahan la. macam mee goreng biasa cuma x rasa kicap tapi rasa sos apa tah. sos rahsia kot. isi die mee kuning n telur dadar yg biasa kita goreng tu tapi yg ni dah di campur skali dgn mee dan kuah.








 upclose.





so kalau korg rasa nak cuba, boleh la datang ke gerai ni. buka malam je. siang memang sunyi sepi je tempat ni. owh ye, gerai ni dekat2 jalan nak ke Carefour. cuba la korg google n try sendiri. yg penting mee ni x beracun okeh. cuma nama die je camtu. hehehe