Sunday, September 20, 2015

Bread tart yumminess

semalam tetiba rasa nak makan tart la pulak. tapi xnak tart yg manis tu. lagipun kat rumah ada roti. jadi meh la kita cuba buat bread tart ye.

Bread Tart Cik D

Bahan2
Roti potong              4 keping
Daging burger          2 keping
tomato                     2 biji
bawang India           1 biji (potong dadu)
bawang putih            seulas (cincang)
halia                         seinci (tumbuk)
lada hitam                1 sudu kecil
timun                       1 biji
serbuk kari              1 sudu kecil
daun sup (potong halus)
garam


Cara2
1.  Panaskan oven ke 200 darjah celsius. Ambil roti, leperkan guna penggelek. potong kepada 4 bahagian.

2. Ambil bekas mufin, atau bekas tart. griskan sikit dgn minyak atau butter.masukkan satu bahagian roti dlm  bekas tersebut. buat untuk semua bahagian yg lain dan habiskan hingga 4 keping roti.

3.  Masukkan dlm oven dan bakar selama 10 minit. Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan.

4.  Untuk inti, bakar tomato atas api. bila kulit tomato dah mula tukar warna dan terkopek sikit, angkat dari api. kopek kulit tomato dan hancurkan.

5.  Panaskan minyak. masukkan bawang India, bawang putih dan halia. bila dah naik bau, masukkan daging. Masak hingga daging bertukar warna, kemudian masukkan tomato, daun bawang, lada hitam, serbuk kari dan sikit garam.

6. Gaul hingga masak. masukkan timun, gaul sebati dan tutup api.

7.  Masukkan inti ke dalam acuan roti tadi. bakar dalam oven selama 10 minit. kalau nak tabur keju atas inti pun boleh tapi saya xde keju jadi saya letak marshmallow. jadi bila bakar, marshmallow akan rangup di atas tapi cair di bawahnye. dan tart rasa manis pulak. bila dah siap, boleh la di hidang. selamat mencuba.














bread tart marvelous





p/s : kalau nak cantik, keliling roti tu potong. tapi aku xnak membazir. hehehehe







 

Monday, July 27, 2015

Begedil ayam kentang cik Dina

masih mood raya ke?

aku dah boring dah makan masakan raya tapi dlm peti ais ayam masak merah banyak lagi. tekak nak makan makanan lain. rasa cam nak makan begedil la.


Begedil ayam kentang Cik Dina

Bahan2
ayam         dlm 500g(di carik2)
kentang     3 biji besar
bawang besar    1 biji(potong dadu)
daun bawang
ketumbar
jintan putih
jintan manis
lada hitam
halia
garam(campur air 2 sudu)
telur


Cara-caranya
1.  Kopek kentang, potong besar2 n rendam dalam air garam. goreng sampai kentang empuk. angkat dan tumbuk. kalau nak pakai food processor lagi senang.

2.  Disebabkan aku guna ayam yg dah di masak, aku basuh ayam hingga hilang rempah2 nya dan di carik halus. kalau nak guna ayam belum masak pun boleh. tapi korg kena goreng atau rebus dulu la. hehehe

3.  Tumbuk sedikit ketumbar, lada hitam, jintam manis, jintan putih dan halia hingga lumat. campurkan pada ayam yg di carik tadi. masukkan sekali daun bawang yg di potong halus dan bawang.

4.  Campurkan kentang yg sudah di tumbuk dgn adunan ayam tadi. letak sikit air garam. gaul sebati.

5.  Ambil sikit adunan tadi dan buat bebola2 kecil. celup dalam basuhan telur dan goreng dgn api sederhana besar. bila ia bertukar kekuningan, dah boleh angkat dan hidang. siap!





makan dah separuh baru ingat nak amik pic. heheheh








begedil up close. nyummmss









Saturday, July 4, 2015

Rendang resipi cik Dina


Rendang ikut suka aku

Bahan perapan :                              Bahan lain:
                                                      bunga cengkih      dlm 3 biji
ketumbar     1 sudu besar                 kayu manis          sikit je
jintan putih   1 sudu besar                bunga lawang      1 bunga kecik
jintan manis  1 sudu besar                gula melaka         2 sudu besar
garam                                             air asam jawa      agak2 6 sudu besar
                                                     daun limau purut   3 helai(hiris nipis)
Bahan kisar(blend semua):               daging                1 kg (potong dadu)
serai            agak2 4 batang            kerisik                1 pek (100ml)
kunyit          1 inci                           santan                 1 kotak (200+ml)
halia            1 inci
lengkuas      1 inci
bawang besar      2 biji
bawang putih       6 ulas
cili kisar               3 sudu besar

Cara-cara nya:
1. kisar bahan perapan dlm pengisar kering dan tuang pada daging. gaul sebati. letak garam sket.

2. panaskan minyak. bila minyak dah panas, masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. goreng hingga naik bau. masukkan daging yg dah di perap tadi. bila daging dah mula tukar kaler sket, terus masukkan bahan kisar.

3. gaul2 lebih kurang pastu masukkan gula melaka, air asam jawa, santan dan kerisik. biar masak selama 2-3 jam. lepas 1 jam, masukkan garam dan daun limau purut. api kecik ye, kalau x nanti rendang hangus lak.

4. bila dah agak2 kering, rendang dah masak la tu. tapi kalau nak basah pun boleh. cuma nanti x tahan lama la. =)



nah gambar.









slalu aku buat rendang tok. ni tetiba husband mintak rendang biasa lak.
first try ni. aku olah resepi rendang tok menjadi rendang ala D.
rasa memang sedapppppp sesangat.
eh masak sendiri kena la puji khennn. =)






Saturday, June 27, 2015

Homemade cinnamon rolls

semalam teringin sangat nak buat cinnamon rolls sendiri. tgk resepi macam senang je. jadi gi beli barang n terus buat.










xde rupa macam cinnamon rolls pun kan?

ok la tukar nama jadi roti kayu manis. tapi roti nye kurang manis. nak kena ada glaze baru manis. mungkin sbb doh roti tu aku letak kurang gula kot.

pastu tadi sahur ada rasa sikit. roti nye macam dah keras la. org kata pakai tepung roti lagi sedap. ni aku pakai tepung gandum biasa je. xpe. next time kita tukar bagi sedap sikit.

resepi amik dari blog Sally's Baking Addiction








Sunday, February 15, 2015

The Ice Cream Project

hari minggu cam biasa la gi klua jalan2. makan aiskrim kat Angsana x best. jadi aku bagi cadangan kat Al nak gi The Ice Cream Project.

apa tu? sila klik sini ok.

aku tau pasal tempat ni dari drama bersiri Keluarga Iskandar kat Astro. cerita pasal famili yg based kat JB. n diorg banyak promote tempat best2 kat Jb. n aku pun terpengaruh skali. nasib baik Al ikut je. agaknya die pun sakit hati makan aiskrim dlm pasu tapi x best. hehehe

so kitorg pun cari la kedai ni. kedai ni macam susah sikit nak jumpa sbb deko die biasa je. kedai ni ada dekat deretan kedai depan restoran IT Roo. kat luar kedai ada buai. Nia suka la main buai. sampai xnak masuk. aku bagi die makan aiskrim baru la die nak. hehehe




terover cahaya la plak.




aiskrim die best. memang macam agak mahal tapi bagi aku berbaloi dgn harga. aku x kisah makan makanan mahal asalkan sedap. n memang sedap pun. aiskrim die ada 4 rasa je : coklat, vanila, cookies n cream dan butterscotch.

aku beli perasa coklat n cookies n cream. yang cookies n cream tu ok la. manis n berlemak. cuma aku x minat sangat. mungkin sbb rasa susu die kuat. yela diorg kan buat aiskrim tu sendiri. so rasa susu tu kuat.
yg perasa coklat la sedap. x manis sangat pastu ada rasa pahit2 sket. i like. rasa cam nak tambah lagi je. mujur sedar diri. hehehe

owh aiskrim ni ada rasa cam gelato. korang penah makan aiskrim Gelatomio aiskrim itali tu? cam tu la rasa die. Al ada amik video diorg buat aiskrim tapi aku malas la nak transfer. hehehe

kedai ni 2 tingkat tapi tingkat atas cam x buka je. deko dalam kedai ni biasa je. ada kaunter buat aiskrim sekali dgn cashier. pastu ada forklift ke apa ek dalam tu. Ari sibuk nak panjat benda alah tu. budak kecik ni memang x reti duduk diam. pastu sibuk nak makan aiskrim gak. habis comot muka. Nia pun sama. mulut dah bentuk cam joker dah. aku nak tolong lapkan die x bagi. lantak ko la nak.

kat situ bukan setakat ada aiskrim je, diorg ada teh jugak. macam2 teh la dari green tea, pastu english breakfast, cookies pun ada. aku beli cookies. saje buat rasa. ok la. cam makan biskut raya yg rangup. hehehe

aiskrim : rm14 (dihidang dalam cup kecil)
cookies : rm3 setiap satu
lokasi sila klik kat link atas tu ye. tu facebook page diorg.





rasa cam nak makan aiskrim lagi la. huhuhuhu











Sunday, January 25, 2015

Restoran Upin Ipin 2.0

weekend biasanya aku memang xkan masak. nak rehat. so biasanya kitorg akan makan kat luar. slalu tu makan fastfood je sbb cepat n kat shopping kompleks banyak. boleh la lepas makan terus shopping. hehehe

weekend lepas cam biasa la ajak Al n budak2 keluar jalan2. Al ajak makan kepci. tapi aku ni dah muak dah makan kepci. bulan ni je dah 3 kali makan. boring la. so saje la ajak Al makan kat restoran Upin Ipin BBU. yela dulu pegi die x ikut skali kan. so lets.

Nia punye la eksaited, nampak pintu gambar Upin Ipin die terus nak masuk. aku x amik gambar pun sbb malas. hahaha boleh? eh ada gambar tapi dalam fon Al. nanti2 la aku transfer ye.





ini restoran nye.


aku order spagetti carbonara n hot Cokopin(air hot chocolate) , Al order nasi ayam madu n bandung soda. sbb itu je yg macam leh lalu kat tekak kitorg. menu die dah terlalu ringkas. dulu bukan main menu panjang berjela. sekarang buku menu dah la kecik. nipis lak tu. kat menu cuma ada nasi ayam 3 jenis, nasi goreng 3 jenis, spagetti 3 jenis dan chicken chop 3 jenis. eh menu 3 jenis je ek?

kualiti makanan? macam makanan segera dalam peket. serius. kualiti makanan die dah menurun. x macam aku makan tahun lepas. nasi ayam pun nasi nye kering. x lembut. ayam madu die adalah ayam goreng kecik2 pastu tuang madu atas die. tah apa2 je.

tempat main budak2 pun dah xde. cuma ada ruang untuk budak2 tengok tv cerita Upin Ipin je. kenapa teruk sangat ek? sbb tukang masak die dah tukar ke? servis die ok la tapi makanan die patutnye ok la kan. hmmmm....