Wednesday, October 26, 2016

William's Corner

minggu lepas aku gi Selangor sbb adik aku konvo. xtau nak makan kat mana. adik aku bawak aku gi William's Corner kat Petaling Jaya.

kitorg xtau nak order apa. so adik aku yg order kan.





nasi goreng ketam (RM30)










mix grill (boleh pilih nak rm50 @ rm80 : dalam ada minced meat, grilled lamb, grilled chicken, mashed potato, griled chicken sosej, spicy meat tender)







beef lasagna (rm30)



air epal (gelas besar rm30)

iced blende soursop (rm20)



total rm160
makan untuk 6 dewasa
2 kanak-kanak


macam yang korang boleh nampak, pinggan die memang besar macam pinggan nasi tambah. so kalau nak makan memang kena makan ramai2. ni pun kitorg order 3 pinggan je tapi die punye kenyang sampai xleh nak jalan. hahahah

owh nasi goreng ketam tu memang power sbb die guna ketam softshell. bila makan kunyah skali kulit die memang perghhhh terangkat beb!








Monday, September 5, 2016

Black Canyon Coffee

3o Ogos besday mak aku. so plan nak ajak mak klua makan2 la. kitorg gi makan kat Black Canyon Coffee.



arah jam : hor fun, air cold matcha green tea, tomyam ayam, nasi putih, 
sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour





kitorg order :
set makan untuk 2 org - boleh pilih antara 2 set (RM36+)
kitorg pilih set (sayur chapcai, ayam sweet n sour & tomyam ayam)
hor fun (Akak order) RM13
kerabu mangga RM13+
air cold matcha green tea RM5+
jus tembikai RM8+


total RM75+

bagi aku berbaloi la. sebab semua sedap kecuali tomyam die x pedas sangat. aku suka tomyam pedas. yang paling sedap kerabu mangga la. dah la masa tunggu order kerabu mangga yg sampai dulu. ktorg melantak sampai separuh tau. hahaha punyela sedap.

setakat ni Black Canyon Coffee yang aku dah pegi cuma kat Aeon Bukit Indah n Tebrau. so far dua2 ok. so kalau korg rasa nak makan masakan thai yg dekat dengan shopping mall, boleh try sini k.




Saturday, April 2, 2016

Smalta Ice Cream

semalam Al ajak gi jalan2 ke Uptown Pandan. kan ari tu die eksiden. so kasut die memang dah hilang mana tah. jadi mari la kita misi mencari kasut dan mengepau aku le. huhuhuhu

dah penat2 melayan Al shopping rasa haus lak. pastu tetiba nampak ada org jual aiskrim la. aku penah nampak kat tv tapi xtau lak kat Uptown ada. so mari la kita cuba.

mula2 pekerja die amik adunan aiskrim. aku pilih perasa coklat mint with choc chip. tuang atas aiskrim maker die tu.




sapu2 macam sapu marjerin.







lepas tu scrap sikit2 sampai habis. pastu kita ketuk2 die biar sebati.







dah siap!



suka la budak sakit tu dapat aiskrim. verdict?
sedap! rasa agak sama dgn aiskrim kat Ice Cream Project cuma ada lain sikit sbb rasa mint kot.
harga pun lebih murah.
untuk yg satu scoop aiskrim coklat choc chip mint ni hanya rm7.50 je!

kalau korang nak try, boleh pegi Uptown Pandan, JB.
die gerai hujung skali. dekat2 dgn Coolblog.





Monday, March 28, 2016

Murni Discovery Sek 7

minggu lepas pegi Selangor menjenguk anak sedara. x sempat gi jalan2 sangat pun tapi sempat la merasa masakan western sedap. kitorg makan kat Murni Discovery Sek 7.

ikutkan cakap adik aku, tempat ni kira hot spot untuk students. dengan harga yg berbaloi, servis tip top memang x menyesal la makan kat sini. cuma kekurangan die xde privacy. sbb tempat pack kemain.







menu kami malam tu (clockwise) :

steak daging
spagetti carbonara
nasi maryland (nasi goreng + telur mata + chicken chop)

menu lain :
sosej wrap dgn ayam n ham ayam, chicken chop

air lak :
air traffic light (iced blended 3 layer kiwi, mango, strawberi)
corn slush (ais jagung)
iced lemon tea.
air boleh upgrade ke saiz besar iaitu sebesar jag air. kena tambah rm1@2

overall makan kat sini memang sedap. x sampai 15 minit dah sampai. portion die memang besar. paling sedap sos blackpepper die tu. kalau korg ni jenis perut kecik macam aku, baik la kongsi dgn kawan ke apa ek. sbb aku yg order steak. hanya mampu makan separuh je. nasib baik boleh tapau.

harga plak aku x ingat tapi rasa nya air traffic light saiz biasa rm5+, steak tu harga rm13+ kot. kira x mahal sangat la kan kalau sampai 2 org blh makan. mana tak nya pinggan besar muka aku kot. hahahahah