Showing posts with label Thai food. Show all posts
Showing posts with label Thai food. Show all posts

Sunday, April 16, 2017

Boat noodle at teh o ice 50cent

Minggu lepas aku ada urusan kat Gelang Patah. dah alang2 sampai sana tekak ni terasa nak makan boat noodle la plak. jadi mari la cari.

Sebelum ni aku penah makan boat noodle kat Taman Nusantara tapi macam ingat2 lupa la tempat die. tapi aku terjah jugak. nasib baik jumpa.

ok menu kita hari itu











regular boat noodle - rm1.90

thai shrimp tomyam boat noodle - rm2.90

sangkaya bun - rm6.90+

teh o ais - rm0.50

pulut mangga - rm7.90(xde dalam gambar)

total = rm20.50



bagi aku boat noodle kat sini memang gred A la. sbb aku penah makan kat Kilang Bateri memang xleh celen langsung. cuma kat sini memang pedas sikit. walaupun yg regular. so anak aku makan sangkaya dan pulut mangga jela.

owh ni first time aku makan sangkaya. selama ni aku ingatkan sangkaya tu aiskrim. rupanya bukan. ke memang ada aiskrim nama sangkaya gak ke ek? hmm??

anyway, kaya die sedap gilos. lemak berkrim pastu ada hint2 rasa pandan sket. pulut mangga die pun sedap. ada lagi satu lagi dessert kat situ yg sedap nama die water chestnut. die pulut warna merah dalam ada sengkuang cina kot. sedapppppp....






 water chestnut (imej google)



teh tarik ais kat situ pun sedap.
harga dalam rm5.90 kot.
x ingat sbb masa tu org lain belanja. hehehe





Monday, September 5, 2016

Black Canyon Coffee

3o Ogos besday mak aku. so plan nak ajak mak klua makan2 la. kitorg gi makan kat Black Canyon Coffee.



arah jam : hor fun, air cold matcha green tea, tomyam ayam, nasi putih, 
sayur chapchai, kerabu mangga, ayam sweet sour





kitorg order :
set makan untuk 2 org - boleh pilih antara 2 set (RM36+)
kitorg pilih set (sayur chapcai, ayam sweet n sour & tomyam ayam)
hor fun (Akak order) RM13
kerabu mangga RM13+
air cold matcha green tea RM5+
jus tembikai RM8+


total RM75+

bagi aku berbaloi la. sebab semua sedap kecuali tomyam die x pedas sangat. aku suka tomyam pedas. yang paling sedap kerabu mangga la. dah la masa tunggu order kerabu mangga yg sampai dulu. ktorg melantak sampai separuh tau. hahaha punyela sedap.

setakat ni Black Canyon Coffee yang aku dah pegi cuma kat Aeon Bukit Indah n Tebrau. so far dua2 ok. so kalau korg rasa nak makan masakan thai yg dekat dengan shopping mall, boleh try sini k.