Saturday, July 4, 2015
Rendang resipi cik Dina
Rendang ikut suka aku
Bahan perapan : Bahan lain:
bunga cengkih dlm 3 biji
ketumbar 1 sudu besar kayu manis sikit je
jintan putih 1 sudu besar bunga lawang 1 bunga kecik
jintan manis 1 sudu besar gula melaka 2 sudu besar
garam air asam jawa agak2 6 sudu besar
daun limau purut 3 helai(hiris nipis)
Bahan kisar(blend semua): daging 1 kg (potong dadu)
serai agak2 4 batang kerisik 1 pek (100ml)
kunyit 1 inci santan 1 kotak (200+ml)
halia 1 inci
lengkuas 1 inci
bawang besar 2 biji
bawang putih 6 ulas
cili kisar 3 sudu besar
Cara-cara nya:
1. kisar bahan perapan dlm pengisar kering dan tuang pada daging. gaul sebati. letak garam sket.
2. panaskan minyak. bila minyak dah panas, masukkan bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. goreng hingga naik bau. masukkan daging yg dah di perap tadi. bila daging dah mula tukar kaler sket, terus masukkan bahan kisar.
3. gaul2 lebih kurang pastu masukkan gula melaka, air asam jawa, santan dan kerisik. biar masak selama 2-3 jam. lepas 1 jam, masukkan garam dan daun limau purut. api kecik ye, kalau x nanti rendang hangus lak.
4. bila dah agak2 kering, rendang dah masak la tu. tapi kalau nak basah pun boleh. cuma nanti x tahan lama la. =)
nah gambar.
slalu aku buat rendang tok. ni tetiba husband mintak rendang biasa lak.
first try ni. aku olah resepi rendang tok menjadi rendang ala D.
rasa memang sedapppppp sesangat.
eh masak sendiri kena la puji khennn. =)
Labels:
masakan melayu,
resepi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment