Saturday, December 15, 2012

Pak Akob Nasi beriani

semalam nape tah tekak rasa nak makan nasi beriani. owh aku ni sebenarnya memang suka nasi minyak dari nasi beriani sampaikan kalau mak balik kenduri kawin mesti aku tanya ada bawak balik berkat nasi x. hahahaha

tapi susah nak cari nasi minyak kecuali kat kenduri org kawin kan. so kami try la makan nasi beriani Pak Akob yg terletak di Taman Universiti. kedai ni berderet dgn Klinik Gigi Amim tu. nama jalan aku x perasan pulak. hehehe

nama kedai ni Pak Akob Nasi Beriani. dah lama dah aku usha kedai ni tapi baru semalam terdaya nak gi makan kat sana.

masuk2 je kedai dah macam cafe 1st class. memang suasana best giler. siap seating cantik je. aku gi berdua je dgn Al. Nia maktok die jaga. hehehe

kat sini menu die memang nasi beriani sahaja. jangan pulak korang datang pastu buang tebiat order mee goreng. memang mintak pelempang la tu. so aku order nasi beriani dgn ayam masak merah n Al lak order nasi beriani dgn daging.






pembuka selera sampai dulu iaitu pengat pisang(x sedap. aku xtau rasa apa. cam pelik je rasa die) dan buah-buahan potong.

x lama lepas tu hidangan pun sampai.








banyak kan? kat pinggan nasi tu ada acar buah n papodam. ayam masak merah tu dah macam 1/4 ayam je. besar bebenor. aku order air suam je. hehehe









ni Al punya. pun portion die besar. tapi die habis makan kecuali daging sbb liat. daging tu tersembunyi di sebalik nasi. die punya pun ada acar buah n papadom. kuah dalca tu sebenarnya kongsi. hehehe owh air Al air sirap limau.

x lama lepas tu diorg bawak dessert lak. kek coklat. tapi aku x makan pun. sbb dah kenyang sangat. tu pun nasi n lauk aku x habis kitorg tapau je bawak balik.

nak tau berapa semua kitorg kena?

aku masa hidangan semua sampai, aku dah gabra dah. siap bisik2 kat Al lagi. mahal ke tempat ni. rasa cam nak blah je. nasib baik Al tahan aku. owh semua rm18 sahaja. minuman kitorg kira skali dalam pakej kot. tah aku pun x sure.

owh kek coklat tu kan kitorg x makan so mungkin tu kira harga lain. tapi yg paling penting skali......ialah nasi beriani die memang sedapppppppp sesangat. nasi nya x berempah sangat. yela kadang2 nasi beriani ada org masak letak rempah die banyak sangat sampai ko xtau ko makan nasi ke ko makan nasi kari. camtu la perumpamaan nya.

nasi sedap, ayam masak merah pun sedap. acar die kureng sikit la. kuah dalca die pun ok. em daging die cam liat sikit kot. but overall aku rasa makanan die sedap. korg patut cuba. =)











No comments:

Post a Comment