Monday, February 18, 2013

Bubur nasi Sentosa

semalam keluar dgn Al tetiba lapo lak. terasa nak makan bubur nasi. so kami terus je ke Taman Sentosa. kat sini ada bubur nasi yg sangat sedap. biasa org panggil bubur nasi Sentosa. diorg ni dah banyak cawangan dah tapi yg first mula kat Taman Sentosa sbb tu la dapat nama camtu.

nak cari tempat ni senang je. korg google je Taman Sentosa, Johor. nanti korg akan terus dapat lokasi die. diorg ni gerai makan tepi jalan je. bukan restoran. buka dari petang sampai malam. kat sini ada gak makanan lain cam otak2, ikan bakar, makanan goreng2 pun ada. tapi yg paling hot bubur nasi la.







bubur nasi itu. semangkuk rm5.


arah jam : bubur nasi kosong, kangkung belacan, telur masin + kacang goreng + ikan masin + lobak asin(semua sepinggan) dan ikan bilis goreng dgn bawang.








upclose. memang terbaik!!




aku ada gak makan bubur nasi kat tempat lain n kat cawangan die tapi semua xleh lawan yg kat Taman Sentosa ni. walaupun korg rasa benda ni simple je tapi sedap. terangkat beb. higly recommended. korg patut cuba. ;P





owh ni lak popcorn sedap.


beli kat pasar malam Kg. Melayu, JB. memang sedap. pasar malam ni tiap ari isnin. rasa die cam popcorn yg mahal tu. aku lupa lak jenama die apa tapi mahal la. satu bekas kecik je dah berapa belas ringgit. popcorn ni aku beli rm3 je. mahal sikit la dari popcorn biasa yg rm1 tu tapi ni lebih sedap. berbaloi la dgn harga die. hehehe






UPDATED


ada yg tanya aku lokasi sebenar bubur sentosa tu. aku lupa lak ada org dari luar jb yg search ye. ok aku up kan peta bagi korg tgk ye.










nah.

yg aku bulatkan tu, la lokasi nya. belah kiri jalan tu yg jual diorg semua melayu. belah kanan semua nya cina. biasa buka malam je. dari kol 6 ke atas kot. owh dekat dgn 7eleven.

kat situ pun ada bubur lain gak. tapi korg kena cakap nak bubur special. pastu biasanya pakcik yg amik order tu akan main jerit je kat tukang masak. kadang2 die pakai pembesar suara. hahaha





Wednesday, February 13, 2013

Mee racun Batu Pahat

ari sabtu lepas bersempena dgn CNY kami saje2 je jalan2 cari makan. cari makan apa? mee racun....ye nama die mee racun. macam ngeri je dengar kan. sebab tu la aku terasa nak cuba.

lokasi makanan adalah di gerai Taman Gembira Batu Pahat. nama jalan xtau sbb aku ikut tunjuk arah org. sila korg google dan cari sendiri.




nama kedai.





sampai2 je gerai tu memang full house. maybe sbb cuti kan. sampai nak duduk pun kena cari kerusi sendiri. kitorg order mee racun biasa je. ada mee racun special 1 dan 2. apa isi kandungan tidak la kami tahu. korg kena datang sendiri n order untuk tahu. owh special 1-rm6, special 2-rm7.







mee racun biasa. sepinggan rm3.50 je






rasanya boleh tahan la. macam mee goreng biasa cuma x rasa kicap tapi rasa sos apa tah. sos rahsia kot. isi die mee kuning n telur dadar yg biasa kita goreng tu tapi yg ni dah di campur skali dgn mee dan kuah.








 upclose.





so kalau korg rasa nak cuba, boleh la datang ke gerai ni. buka malam je. siang memang sunyi sepi je tempat ni. owh ye, gerai ni dekat2 jalan nak ke Carefour. cuba la korg google n try sendiri. yg penting mee ni x beracun okeh. cuma nama die je camtu. hehehe









Thursday, January 24, 2013

Dating di Nando's

hari kejadian adalah sehari sebelum besday Al. nak buat masa besday die memang x sempat la sbb masing2 keje. so aku belanja Al makan kat Nando's.

menu hari kejadian:





aku punye : chicken peri2 in pita rm11.90,
Al's : set 1/4 hot chicken peri2 with 2 sidelines, salad n chips rm14.99
air bottomless iced leomn tea rm5.90




Al punye closed up



total semua rm40++ . hehehe aku x ingat exact total.

anyway, sbb dah lama x makan Nando's so ari tu rasa cam sedap sangat. pulak tu makan dgn sos hot peri2. memang terangkat beb!

maybe kalau nak celebrate apa2 makan kat Nando's pun best gak kan? hehehehe












Saturday, December 15, 2012

Pak Akob Nasi beriani

semalam nape tah tekak rasa nak makan nasi beriani. owh aku ni sebenarnya memang suka nasi minyak dari nasi beriani sampaikan kalau mak balik kenduri kawin mesti aku tanya ada bawak balik berkat nasi x. hahahaha

tapi susah nak cari nasi minyak kecuali kat kenduri org kawin kan. so kami try la makan nasi beriani Pak Akob yg terletak di Taman Universiti. kedai ni berderet dgn Klinik Gigi Amim tu. nama jalan aku x perasan pulak. hehehe

nama kedai ni Pak Akob Nasi Beriani. dah lama dah aku usha kedai ni tapi baru semalam terdaya nak gi makan kat sana.

masuk2 je kedai dah macam cafe 1st class. memang suasana best giler. siap seating cantik je. aku gi berdua je dgn Al. Nia maktok die jaga. hehehe

kat sini menu die memang nasi beriani sahaja. jangan pulak korang datang pastu buang tebiat order mee goreng. memang mintak pelempang la tu. so aku order nasi beriani dgn ayam masak merah n Al lak order nasi beriani dgn daging.






pembuka selera sampai dulu iaitu pengat pisang(x sedap. aku xtau rasa apa. cam pelik je rasa die) dan buah-buahan potong.

x lama lepas tu hidangan pun sampai.








banyak kan? kat pinggan nasi tu ada acar buah n papodam. ayam masak merah tu dah macam 1/4 ayam je. besar bebenor. aku order air suam je. hehehe









ni Al punya. pun portion die besar. tapi die habis makan kecuali daging sbb liat. daging tu tersembunyi di sebalik nasi. die punya pun ada acar buah n papadom. kuah dalca tu sebenarnya kongsi. hehehe owh air Al air sirap limau.

x lama lepas tu diorg bawak dessert lak. kek coklat. tapi aku x makan pun. sbb dah kenyang sangat. tu pun nasi n lauk aku x habis kitorg tapau je bawak balik.

nak tau berapa semua kitorg kena?

aku masa hidangan semua sampai, aku dah gabra dah. siap bisik2 kat Al lagi. mahal ke tempat ni. rasa cam nak blah je. nasib baik Al tahan aku. owh semua rm18 sahaja. minuman kitorg kira skali dalam pakej kot. tah aku pun x sure.

owh kek coklat tu kan kitorg x makan so mungkin tu kira harga lain. tapi yg paling penting skali......ialah nasi beriani die memang sedapppppppp sesangat. nasi nya x berempah sangat. yela kadang2 nasi beriani ada org masak letak rempah die banyak sangat sampai ko xtau ko makan nasi ke ko makan nasi kari. camtu la perumpamaan nya.

nasi sedap, ayam masak merah pun sedap. acar die kureng sikit la. kuah dalca die pun ok. em daging die cam liat sikit kot. but overall aku rasa makanan die sedap. korg patut cuba. =)











Friday, December 14, 2012

Black pepper lamb pie

teringin sangat nak makan pai tapi xtau nak beli kat mana. so pusing2 Aeon ternampak la Secret Recipe. masuk dalam tengok ada black pepper lamb pie.




satu ni harga die rm8 je.



rasa die ok kot. tapi lama2 die punya tepung tu rasa muak pulak.



hmm mana la nak cari apple pie cam dalam Man vs Food tu?

tula asyik tengok food channel je. hehehehe






Thursday, November 15, 2012

Domino's and Snogurt

semalam aku puasa. so tekak ni mengada lak nak makan Domino's.

jadi ke Domino's Taman U sebab itu je yg paling dekat. pegi berdua je dgn Nia. ala nak tapau je pun. xkan lama kan.

so smapai2 je terus order. masa order tu dah kol 6.30pm. so ok la. mesti masuk waktu je pizza mesti dah siap kan. tapiiiiii.......tetiba je budak kat kaunter tu cakap oven diorg ada masalah sikit. maybe pizza lambat lagi masak.

xpe. masih leh sabar lagi. nak tunggu pun x guna kan jadi marila mencari benda lain nak makan. jadi ke Snogurt la kita. dah alang2 kedai nya sebaris je kan.

owh pada yyg xtau, Snogurt ni cam Tutti Frutti gak cuma beza harga rm1 je.







Nia x sabar nak makan. posing je sebenarnya. pandai Nia posing kan?
masa ni dah kol 7. terpaksa la aku berbuka Snogurt. 'terpaksa' konon. puihhh...hehehehe












aku amik 4 perasa. butter cream, coklat, mixed berries, dan mango n peach. amik topping milo balls n honeystars tuk si kecik tuh.

pendapat aku? bagi aku Tutti Frutti lagi sedap kot. ni rasa cam tawar sket. macam kurang yogurt kot. dah kata murah singgit kan. mesti la ada yg kurang.

harga semua skali rm8.50. setiap 100g rm4.90. slalu kalau makan kat Tutti Frutti dah kena rm12-13 kan. so kat sini kira murah sikit la.









kami duduk kat bed chair ke apa tah tapi memang comfy giler la. Nia siap guling2 lagi kat situ. so kalau sape2 yg bawak baby memang senang la. leh baringkan die kat situ.








tengok la tu. bukan main lagi dak kecik ni kan.




setel makan kami berpatah balik ke Domino's. dapat order kami kol 7.40pm terus berdesup balik rumah sbb nak kejar solat maghrib.

aku order pakai kupon. 1 regular pizza + cheese onion ring + cinnamon sticks cuma rm25 je. tapi aku bayar rm26.50. kira rm1.50 tu tax la. sape2 yg nak kupon Domino's sila la mintak diorg. hahahaha

owh pizza tu x sempat amik pic pun. habis solat terus ngap. dah lapo kan.

tapi pizza Domino's memang sedap n x menyesal pun beli. sbb sebelum ni pegi  15 minit camtu dah siap dah. n diorg bagi kupon 1 regular pizza free untuk 1 pembelian tanda maaf . xtau bila nak redeem. so kira ok la tu kan. =)












Monday, May 21, 2012

Kfc Pokkits

korang dah try Pokkits, menu baru dari KFC?


kfc
ni gambar die. TQ Mr google.


ada 2 benda aku nak cakap pasal benda alah ni. 1st, benda ni kecik. macam korang makan sandwich separuh. camtu la bentuk die. makan pun takat celah gigi je.

2nd, benda ni sedap tapi mahal sbb beli kat KFC. aku rasa baik korg beli burger tepi jalan je. kenyang dan berbaloi dgn harga.


dah la. malas cakap banyak. da da.....