Monday, March 24, 2014

Restoran Upin Ipin

ari jumaat akak n mak ajak aku gi makan. kira celebrate besday skali la. makan kat Restoran Upin Ipin. besday mak nye tapi kena ikut selera anak. nak buek cemano kan. sampai sana dlm kol 3 lebih gitu. sampai2 je Nia nampak gambar Upin Ipin kat depan pintu die dah eksaited sangat dah. hampir2 langgar kaunter kat dlm tu. hahahaha









sementara tunggu makanan sampai, layan Ari main jap. masa ni Nia sibuk tgk cerita Upin Ipin.










chicken chop, iced lemon tea (mak), air bandung dan sirloin steak (aku).

order kitorg sampai lambat. ada la dlm 15 minit kot. sampai habis mee rebus akak. licin ok. (sbb tu xde dlm gambar) sedap la mee rebus die walaupun masin sikit. steak n chicken chop ok la. pun masin gak. 

makan bergilir-gilir. di sebabkan akak habis makan dulu, jadi die la yg kena tgk2 kan Nia. dapat la mama Nia makan dengan tenang. bukan slalu dapat kan. so kena la guna peluang ni sebaik mungkin. ada la dekat 2 jam kot kitorg kat situ. yela biar Nia puas main baru ajak balik. tu pun die sibuk amik barang2 souvenir kat situ buat main. pastu suruh aku beli. aku buat dunno je. hahahaha

mak la rajin melayan. last2 mak belikan fridge magnet je. tu pun satu je dah rm12! kalau hari2 makan kat sini mau hari2 kena beli souvenir Upin Ipin. harga makan semua bagi aku ok la. standard makan tempat class A kan. nasib baik org belanja. thanks Akak! ye kena up die sikit supaya leh belanja selalu. hehehehe




Wednesday, January 22, 2014

Laksa sarawak dan mee kolok

petang tadi tetiba lapo la pulak. so ajak Kak Ani teman aku makan kat Restoran Dayang Warisan. sebenarnya ni kali kedua aku makan kat sini. kali pertama x sempat amik gambar. so ari ni sebelum makan, amik gambar dulu.








mee kolok (kiri- Kak Ani punye) dan laksa sarawak (kanan- aku punye).

restoran ni kat barisan belakang Giant U Mall. aku xtau nak bagi direction camne. hehehe sori. owh mee kolok n laksa sarawak rm6 saje setiap satu.

tadi makan mee kolok tu termasin la pulak. mungkin terlebih kicap kot. tapi laksa sarawak tu memang terbaik la. kuah die tu yg...perghhh!!! terangkat beb! x caya, cuba la rasa. menu lain ada nasi campur n nasi ayam. nasi ayam die pun sedap gak. bagi aku laksa die 5 bintang dari 5 bintang. yeah!!









Wednesday, January 1, 2014

Putu bambu world

seminggu sebelum krismas aku n family saje je gi bercuti ke Selangor. kitorg singgah makan kat Kota damansara. tgh makan tu tgk ada org jual putu bambu warna hijau. cam menarik je. so aku pun cuba beli.





sedap giler ok!

aku biasa nya x suka makan putu bambu. aku lebih gemar putu piring tapi yg ni sedap sangat. dah la gebu pastu macam ada rasa wangi pandan kot. sekotak ni harga die rm3.

memang bagi korg macam mahal kan tapi pecaya la berbaloi2. makan sekali mesti nak lagi. tapi benda ni lebih sedap makan panas2. sbb aku tapau n makan beberapa jam lepas tu macam x best. x gebu.

org yg jual ni kat deretan kedai makan kat kawasan perindustrian kota damansara. die tepi jalan je. aku nak bagitau lebih2 aku bukan duduk selangor pun tapi kalau korg dapat makan, tolong la ingat aku. n tolong makan kan. xtau bila dapat makan lagi.





Tuesday, December 10, 2013

Manhattan fish market(MFM)

Masa ni aku tgh kemaruk nak makan kat Manhattan fish market. ni semua blog punye pasal la. so first time makan xtau nak order apa. jadi mari kita hentam saja la.

amik starter Quad delights.
ada mushroom, sotong goreng, n scallop. yg scallop tu memang sedap. macam cair je dlm mulut.
harga rm21+








main dish amik Scallops fish chicken. rm29+
ada scallops, ikan goreng celup tepung, kentang goreng, ayam herba kot n nasi garlic herb.
air chocolate milkshake rm10+





nampak macam banyak kan? tapi macam x cukup. sbb tetiba anak aku makan banyak lak. nasi bawang putih tu sedap tapi sikit sangat. sayur lak keras bebeno. patut potong kecik2 la kan. nak tercekik anak aku makan. air lak rasa biasa je. macam air susu coklat yg ko goncang2 camtu la rasa die.

so overall biasa je. x teruk n boleh di makan cuma x rasa nak makan sana lagi. macam xde apa yg special sangat.



Thursday, October 24, 2013

Rendang Tok yang sedap

pergh lama giler x tulis kat blog ni kan. biasa la ai bz uolss. anyway, ni bukan nak cerita pasal aku gi makan kat mana2 tapi nak cerita pasal aku masak. ye aku masak rendang tok!!

selama ni takut je nak buat rendang sbb rasa cam susah. pulak tu banyak rempah nak kena letak. tapi tah angin kus2 mana datang tah semalam boleh lak aku buat rendang. aku amik dari blog ini dan blog ini. diorg punye resepi lebih kurang je tapi aku olah sikit biar sedap kat tekak aku.





rendang in the making.



sorila gambar step by step xde. sambil masak sambil jaga anak camtu la jadinya.









hasil nya. makan dgn nasi panas memang best. korang cuba la. memang terbaik ok.







p/s : lepas ni nak try buat kuah kacang lak.







Wednesday, May 29, 2013

Wondermilk cupcakes

masa tu teringin sangat nak makan cupcake. pastu tgk kat blog banyak lak org cerita pasal cupcake Wondermilk. kebetulan gi KL, marila kita singgah.....

mula2 ingatkan nak beli cupcake je. skali mak aku lapar lak. so order makan sekali.





clockwise : blueberry cheese, cookies n cream, chocolate mint, 
foxy red velvet, rocky road n chocolate strawberry



sebiji cupcake ni rm4.50. standard la tempat makan cafe gred A kan. beli 6 biji rm25 je. tapi.....cupcake je kot. baik makan nasi. nasib baik sekali sekala je. cuba kalau 2 kali pastu berkali2.....pergh....kering poket. aku makan sebiji je. yg lain, kongsi2. buat rasa. yg perisa cookies n cream tu manis giler. yg rocky road tu sedap sbb setiap gigitan rasa lain2. dlm cupcake yg kecik tu ada marsmallow, n kekacang. dlm banyak2 tu, perasa coklat la yg sedap. sape x suka coklat memang rugi la. sbb coklat is heaven weyh...







beli ni 2 set. cheese n steak roll. rm11.90 satu set.


rasa die? macam makan daging masak kicap. boleh? hahaha aku cuit2 je. diorg yg habiskan. owh kitorg ada beli air gak tapi aku lupa lak nak amik pic. kitorg order air

air lemon crush   rm8.90
chocolate freeze  rm13+
kopi rusa 2, rm10 sebotol


so total semua rm100+. mati la kalau hari2 makan camni. nasib baik ada org belanja. yela org ngidam nak makan cupcake kan. hehehehe

tapi kat sini die punye deco memang tip top. ko nak lepak lama2 pun rasa syok je. kids zone pun ada. kitorg makan dengan selesa sbb anak aku bz main dgn sepupu die kat situ. x caya? tgk pic ni.







macam bz sangat je kan










salah satu deco kat situ. kat luar lagi best untuk amik pic tapi x sempat lak nak posing kat situ.

owh Wondermilk ni ada 2 cawangan kot. satu kat Damansara Utama n satu lagi kat Uptown. nak cari tempat die susah jugak la sbb kedudukan kedai die macam tersorok sikit. kalau ada GPS senang sikit kot. aku lain la, ada tour guide lagik. keh3









Wednesday, April 10, 2013

Sushi sushi sushi kinggggg

ni kisah lama dah. tapi cam biasa la tuan blog malas update blog. anyway, ni kejadian masa besday aku.

1st time makan kat sushi king. xtau nak makan apa. yg Al sibuk suruh aku amik plate dari conveyer belt je. masalah nya semua cam x best je. so aku amik 2 pinggan sushi. pastu amik set bento for me n Al. anak aku makan je apa yg kitorg makan.




duduk sebelah conveyer belt. hehehe






kiri aku punye, kanan Al punye


bento apa tah lupa dah nama die. pada yg xtau, bento ni kira nasi campur la. tapi nasi org jepun ni pakai beras jepun ke apa tah. so rasa cam pulut sikit. aku punye lauk daging steam black pepper kot. sedap tapi manis sikit.

Al punye aku amik kan die set tempura. tempura ni kira apa2 gorengan dgn tepung la. ada ayam sikit, udang sikit pastu sayur sikit. tapi cam kering sbb tepung banyak sangat kot. so aku bagi lauk aku sikit kat Al. hahaha

air Al amik cola float n aku amik hot lemon tea. korg kalau nak green tea mintak je. foc dan free flow. baik la. harga2 makanan ialah:

set bento black pepper steam meat   rm17.90
set bento chicken n prawn tempura   rm18.90
cola float    rm 5.90
hot lemon tea   rm3.90
total semua dalam rm60++

owh sushi yg aku amik tu, satu plate rm8. harga die beza ikut color. so kalau korg nak murah, amik la color yg paling murah ye. yg aku amik tu color pink. sushi die x sedap sangat. sedap lagi aku beli kat Aeon Taman U. hehehe