Wednesday, April 10, 2013

Sushi sushi sushi kinggggg

ni kisah lama dah. tapi cam biasa la tuan blog malas update blog. anyway, ni kejadian masa besday aku.

1st time makan kat sushi king. xtau nak makan apa. yg Al sibuk suruh aku amik plate dari conveyer belt je. masalah nya semua cam x best je. so aku amik 2 pinggan sushi. pastu amik set bento for me n Al. anak aku makan je apa yg kitorg makan.




duduk sebelah conveyer belt. hehehe






kiri aku punye, kanan Al punye


bento apa tah lupa dah nama die. pada yg xtau, bento ni kira nasi campur la. tapi nasi org jepun ni pakai beras jepun ke apa tah. so rasa cam pulut sikit. aku punye lauk daging steam black pepper kot. sedap tapi manis sikit.

Al punye aku amik kan die set tempura. tempura ni kira apa2 gorengan dgn tepung la. ada ayam sikit, udang sikit pastu sayur sikit. tapi cam kering sbb tepung banyak sangat kot. so aku bagi lauk aku sikit kat Al. hahaha

air Al amik cola float n aku amik hot lemon tea. korg kalau nak green tea mintak je. foc dan free flow. baik la. harga2 makanan ialah:

set bento black pepper steam meat   rm17.90
set bento chicken n prawn tempura   rm18.90
cola float    rm 5.90
hot lemon tea   rm3.90
total semua dalam rm60++

owh sushi yg aku amik tu, satu plate rm8. harga die beza ikut color. so kalau korg nak murah, amik la color yg paling murah ye. yg aku amik tu color pink. sushi die x sedap sangat. sedap lagi aku beli kat Aeon Taman U. hehehe






Sunday, March 17, 2013

Masa untuk teh!

semalam tekak ni terasa nak makan Subway. kebetulan Subway dah buka branch kat Angsana jadi terus je menuju ke situ dah alang2 dekat. Subway ni sebaris dengan Mcd n Kfc. so senang. rasa nak makan apa2 boleh je ke situ. owh Pizza Hut pun area situ gak.

aku order Spicy Italian in Parmesan Oregano bread. Al lak amik chicken teriyaki. slalu aku amikkan die chicken slice tapi dah ari tu die mintak ayam jepun terus aku bagi die yg tu. die kata x best. hahahaha sape suruh mintak bukan2.

owh pada yg xtau, Subway ni kita leh pilih nak roti apa, pastu ko mintak la inti die apa. sayur n sos pun kita pilih sendiri tapi diorg yg tolong letakkan la. sejak2 ni aku dah jarang makan Mcd. nape tah. nak cuba makanan sihat kot. hahahaha

masa tengah order tu tetiba ternampak kedai Chatime betul2 bertentang dari kedai Subway. so order minum kat situ tapi makan kat Subway. boleh?







menu kami hari tu. Spicy Italian sandwich (rm10.90),
chicken teriyaki sandwich (rm10.90)
choc chip cookie (rm1.50 sekeping)
dan hazelnut choc milk tea with grass jelly (rm5.90)

dalam bahasa melayu nya milo cau hazelnut. hehehe ye kena cakap camtu kat Al baru die nak minum kalau x die bukan nak air pelik2 ni.


Al punye dia ngap dulu. lapo kot. hehehehe aku biasanya amik Turkey Breast n Chicken Slice tapi aritu terasa nak amik flavor lain tapi cam x kena la dgn tekak aku. so next time nak makan yg biasa aku order je. kalau amik Subway Melt pun best gak. korg tgk la sendiri menu diorg ye. lagi mahal lagi sedap kot. hahaha sesuka aku je anggap camtu kan.











sebenarnya ni 1st time aku minum Chatime. sebelum ni ada org cakap cakap kat aku yg Chatime lagi sedap dari Coolblog tapi masa die cakap tu Chatime macam lom popular sangat. tapi sekarng dah cam cendawan dah. rasanya kat Bukit Indah pun ada branch die. grass jelly tu aku yg mintak tambah. korg leh gak letak pearl(biasa org amik) atau nata de coco ke. setiap tambahan adalah rm0.50.

bagi aku air Chatime ni memang sedap la. yela dah harga pun lagi mahal mesti la lagi sedap. ye lagi sekali sesuka aku je assume camtu. hehehe

owh gambar choc chip cookie tu xde. tapi sedap giler weyh. lagi sedap kalau ko beli pastu terus makan. sbb die cam rangup di luar tapi lembut di dalam. pastu choc chip tu cair. pergh macam terasa lak kat tekak aku sekarang ni. tapi lama2 biskut tu akan cam lembut jela. ada sesetengah org x suka biskut lembut kan. aku suka je. hehehe




Monday, February 18, 2013

Bubur nasi Sentosa

semalam keluar dgn Al tetiba lapo lak. terasa nak makan bubur nasi. so kami terus je ke Taman Sentosa. kat sini ada bubur nasi yg sangat sedap. biasa org panggil bubur nasi Sentosa. diorg ni dah banyak cawangan dah tapi yg first mula kat Taman Sentosa sbb tu la dapat nama camtu.

nak cari tempat ni senang je. korg google je Taman Sentosa, Johor. nanti korg akan terus dapat lokasi die. diorg ni gerai makan tepi jalan je. bukan restoran. buka dari petang sampai malam. kat sini ada gak makanan lain cam otak2, ikan bakar, makanan goreng2 pun ada. tapi yg paling hot bubur nasi la.







bubur nasi itu. semangkuk rm5.


arah jam : bubur nasi kosong, kangkung belacan, telur masin + kacang goreng + ikan masin + lobak asin(semua sepinggan) dan ikan bilis goreng dgn bawang.








upclose. memang terbaik!!




aku ada gak makan bubur nasi kat tempat lain n kat cawangan die tapi semua xleh lawan yg kat Taman Sentosa ni. walaupun korg rasa benda ni simple je tapi sedap. terangkat beb. higly recommended. korg patut cuba. ;P





owh ni lak popcorn sedap.


beli kat pasar malam Kg. Melayu, JB. memang sedap. pasar malam ni tiap ari isnin. rasa die cam popcorn yg mahal tu. aku lupa lak jenama die apa tapi mahal la. satu bekas kecik je dah berapa belas ringgit. popcorn ni aku beli rm3 je. mahal sikit la dari popcorn biasa yg rm1 tu tapi ni lebih sedap. berbaloi la dgn harga die. hehehe






UPDATED


ada yg tanya aku lokasi sebenar bubur sentosa tu. aku lupa lak ada org dari luar jb yg search ye. ok aku up kan peta bagi korg tgk ye.










nah.

yg aku bulatkan tu, la lokasi nya. belah kiri jalan tu yg jual diorg semua melayu. belah kanan semua nya cina. biasa buka malam je. dari kol 6 ke atas kot. owh dekat dgn 7eleven.

kat situ pun ada bubur lain gak. tapi korg kena cakap nak bubur special. pastu biasanya pakcik yg amik order tu akan main jerit je kat tukang masak. kadang2 die pakai pembesar suara. hahaha





Wednesday, February 13, 2013

Mee racun Batu Pahat

ari sabtu lepas bersempena dgn CNY kami saje2 je jalan2 cari makan. cari makan apa? mee racun....ye nama die mee racun. macam ngeri je dengar kan. sebab tu la aku terasa nak cuba.

lokasi makanan adalah di gerai Taman Gembira Batu Pahat. nama jalan xtau sbb aku ikut tunjuk arah org. sila korg google dan cari sendiri.




nama kedai.





sampai2 je gerai tu memang full house. maybe sbb cuti kan. sampai nak duduk pun kena cari kerusi sendiri. kitorg order mee racun biasa je. ada mee racun special 1 dan 2. apa isi kandungan tidak la kami tahu. korg kena datang sendiri n order untuk tahu. owh special 1-rm6, special 2-rm7.







mee racun biasa. sepinggan rm3.50 je






rasanya boleh tahan la. macam mee goreng biasa cuma x rasa kicap tapi rasa sos apa tah. sos rahsia kot. isi die mee kuning n telur dadar yg biasa kita goreng tu tapi yg ni dah di campur skali dgn mee dan kuah.








 upclose.





so kalau korg rasa nak cuba, boleh la datang ke gerai ni. buka malam je. siang memang sunyi sepi je tempat ni. owh ye, gerai ni dekat2 jalan nak ke Carefour. cuba la korg google n try sendiri. yg penting mee ni x beracun okeh. cuma nama die je camtu. hehehe









Thursday, January 24, 2013

Dating di Nando's

hari kejadian adalah sehari sebelum besday Al. nak buat masa besday die memang x sempat la sbb masing2 keje. so aku belanja Al makan kat Nando's.

menu hari kejadian:





aku punye : chicken peri2 in pita rm11.90,
Al's : set 1/4 hot chicken peri2 with 2 sidelines, salad n chips rm14.99
air bottomless iced leomn tea rm5.90




Al punye closed up



total semua rm40++ . hehehe aku x ingat exact total.

anyway, sbb dah lama x makan Nando's so ari tu rasa cam sedap sangat. pulak tu makan dgn sos hot peri2. memang terangkat beb!

maybe kalau nak celebrate apa2 makan kat Nando's pun best gak kan? hehehehe












Saturday, December 15, 2012

Pak Akob Nasi beriani

semalam nape tah tekak rasa nak makan nasi beriani. owh aku ni sebenarnya memang suka nasi minyak dari nasi beriani sampaikan kalau mak balik kenduri kawin mesti aku tanya ada bawak balik berkat nasi x. hahahaha

tapi susah nak cari nasi minyak kecuali kat kenduri org kawin kan. so kami try la makan nasi beriani Pak Akob yg terletak di Taman Universiti. kedai ni berderet dgn Klinik Gigi Amim tu. nama jalan aku x perasan pulak. hehehe

nama kedai ni Pak Akob Nasi Beriani. dah lama dah aku usha kedai ni tapi baru semalam terdaya nak gi makan kat sana.

masuk2 je kedai dah macam cafe 1st class. memang suasana best giler. siap seating cantik je. aku gi berdua je dgn Al. Nia maktok die jaga. hehehe

kat sini menu die memang nasi beriani sahaja. jangan pulak korang datang pastu buang tebiat order mee goreng. memang mintak pelempang la tu. so aku order nasi beriani dgn ayam masak merah n Al lak order nasi beriani dgn daging.






pembuka selera sampai dulu iaitu pengat pisang(x sedap. aku xtau rasa apa. cam pelik je rasa die) dan buah-buahan potong.

x lama lepas tu hidangan pun sampai.








banyak kan? kat pinggan nasi tu ada acar buah n papodam. ayam masak merah tu dah macam 1/4 ayam je. besar bebenor. aku order air suam je. hehehe









ni Al punya. pun portion die besar. tapi die habis makan kecuali daging sbb liat. daging tu tersembunyi di sebalik nasi. die punya pun ada acar buah n papadom. kuah dalca tu sebenarnya kongsi. hehehe owh air Al air sirap limau.

x lama lepas tu diorg bawak dessert lak. kek coklat. tapi aku x makan pun. sbb dah kenyang sangat. tu pun nasi n lauk aku x habis kitorg tapau je bawak balik.

nak tau berapa semua kitorg kena?

aku masa hidangan semua sampai, aku dah gabra dah. siap bisik2 kat Al lagi. mahal ke tempat ni. rasa cam nak blah je. nasib baik Al tahan aku. owh semua rm18 sahaja. minuman kitorg kira skali dalam pakej kot. tah aku pun x sure.

owh kek coklat tu kan kitorg x makan so mungkin tu kira harga lain. tapi yg paling penting skali......ialah nasi beriani die memang sedapppppppp sesangat. nasi nya x berempah sangat. yela kadang2 nasi beriani ada org masak letak rempah die banyak sangat sampai ko xtau ko makan nasi ke ko makan nasi kari. camtu la perumpamaan nya.

nasi sedap, ayam masak merah pun sedap. acar die kureng sikit la. kuah dalca die pun ok. em daging die cam liat sikit kot. but overall aku rasa makanan die sedap. korg patut cuba. =)











Friday, December 14, 2012

Black pepper lamb pie

teringin sangat nak makan pai tapi xtau nak beli kat mana. so pusing2 Aeon ternampak la Secret Recipe. masuk dalam tengok ada black pepper lamb pie.




satu ni harga die rm8 je.



rasa die ok kot. tapi lama2 die punya tepung tu rasa muak pulak.



hmm mana la nak cari apple pie cam dalam Man vs Food tu?

tula asyik tengok food channel je. hehehehe