Sunday, January 25, 2015

Restoran Upin Ipin 2.0

weekend biasanya aku memang xkan masak. nak rehat. so biasanya kitorg akan makan kat luar. slalu tu makan fastfood je sbb cepat n kat shopping kompleks banyak. boleh la lepas makan terus shopping. hehehe

weekend lepas cam biasa la ajak Al n budak2 keluar jalan2. Al ajak makan kepci. tapi aku ni dah muak dah makan kepci. bulan ni je dah 3 kali makan. boring la. so saje la ajak Al makan kat restoran Upin Ipin BBU. yela dulu pegi die x ikut skali kan. so lets.

Nia punye la eksaited, nampak pintu gambar Upin Ipin die terus nak masuk. aku x amik gambar pun sbb malas. hahaha boleh? eh ada gambar tapi dalam fon Al. nanti2 la aku transfer ye.





ini restoran nye.


aku order spagetti carbonara n hot Cokopin(air hot chocolate) , Al order nasi ayam madu n bandung soda. sbb itu je yg macam leh lalu kat tekak kitorg. menu die dah terlalu ringkas. dulu bukan main menu panjang berjela. sekarang buku menu dah la kecik. nipis lak tu. kat menu cuma ada nasi ayam 3 jenis, nasi goreng 3 jenis, spagetti 3 jenis dan chicken chop 3 jenis. eh menu 3 jenis je ek?

kualiti makanan? macam makanan segera dalam peket. serius. kualiti makanan die dah menurun. x macam aku makan tahun lepas. nasi ayam pun nasi nye kering. x lembut. ayam madu die adalah ayam goreng kecik2 pastu tuang madu atas die. tah apa2 je.

tempat main budak2 pun dah xde. cuma ada ruang untuk budak2 tengok tv cerita Upin Ipin je. kenapa teruk sangat ek? sbb tukang masak die dah tukar ke? servis die ok la tapi makanan die patutnye ok la kan. hmmmm....







Monday, December 22, 2014

Dapur Jendela

malam sabtu bosan2 dok rumah, gi la Bazar Karat. dah pusing2 lapar la pulak. nampak restoran Dapur Jendela. macam best je. ok la kitorg masuk.


pic dari google



nak makan kat dalam penuh, so duduk luar jela. pegi bertiga je sbb Nia tido rumah mak. aku order set lempeng kecik, Al order set roti jala n air milo dinasor.

satu set lempeng = rm5
set roti jala = rm5
air milo dinasor = rm3 kot(x ingat la plak harga die)
appetizer(kacang) = rm2

die ada menu lain gak tapi menu yg ni je yg macam lain dari yg lain. bagi aku ok la makanan die. xde la x sedap, xde la wow sangat. biasa2 je. cuma servis die lambat. amik order lambat. dapat makanan pun lambat. padahal lempeng n roti jala je kot. org pun xde la ramai mana.

pastu ada lak insiden yg bagi aku x patut berlaku, terjadi. buat aku rasa ni la first n last aku makan kat sini. mungkin diorg patut tambah pekerja. xde la pekerja yg sorg tu terkejar2. die la amik order, die la hantar makanan, die gak yg bersihkan meja.

sori nak cakap ye. aku x pandang deko kedai. aku pandang kualiti makanan. kalau x, xde la aku suka giler makan bubur sentosa kan. padahal tepi jalan je tapi makanan n servis tip top.

ni yg buat aku terliur nak makan bubur ni.....huhuhu






Monday, March 24, 2014

Restoran Upin Ipin

ari jumaat akak n mak ajak aku gi makan. kira celebrate besday skali la. makan kat Restoran Upin Ipin. besday mak nye tapi kena ikut selera anak. nak buek cemano kan. sampai sana dlm kol 3 lebih gitu. sampai2 je Nia nampak gambar Upin Ipin kat depan pintu die dah eksaited sangat dah. hampir2 langgar kaunter kat dlm tu. hahahaha









sementara tunggu makanan sampai, layan Ari main jap. masa ni Nia sibuk tgk cerita Upin Ipin.










chicken chop, iced lemon tea (mak), air bandung dan sirloin steak (aku).

order kitorg sampai lambat. ada la dlm 15 minit kot. sampai habis mee rebus akak. licin ok. (sbb tu xde dlm gambar) sedap la mee rebus die walaupun masin sikit. steak n chicken chop ok la. pun masin gak. 

makan bergilir-gilir. di sebabkan akak habis makan dulu, jadi die la yg kena tgk2 kan Nia. dapat la mama Nia makan dengan tenang. bukan slalu dapat kan. so kena la guna peluang ni sebaik mungkin. ada la dekat 2 jam kot kitorg kat situ. yela biar Nia puas main baru ajak balik. tu pun die sibuk amik barang2 souvenir kat situ buat main. pastu suruh aku beli. aku buat dunno je. hahahaha

mak la rajin melayan. last2 mak belikan fridge magnet je. tu pun satu je dah rm12! kalau hari2 makan kat sini mau hari2 kena beli souvenir Upin Ipin. harga makan semua bagi aku ok la. standard makan tempat class A kan. nasib baik org belanja. thanks Akak! ye kena up die sikit supaya leh belanja selalu. hehehehe




Wednesday, January 22, 2014

Laksa sarawak dan mee kolok

petang tadi tetiba lapo la pulak. so ajak Kak Ani teman aku makan kat Restoran Dayang Warisan. sebenarnya ni kali kedua aku makan kat sini. kali pertama x sempat amik gambar. so ari ni sebelum makan, amik gambar dulu.








mee kolok (kiri- Kak Ani punye) dan laksa sarawak (kanan- aku punye).

restoran ni kat barisan belakang Giant U Mall. aku xtau nak bagi direction camne. hehehe sori. owh mee kolok n laksa sarawak rm6 saje setiap satu.

tadi makan mee kolok tu termasin la pulak. mungkin terlebih kicap kot. tapi laksa sarawak tu memang terbaik la. kuah die tu yg...perghhh!!! terangkat beb! x caya, cuba la rasa. menu lain ada nasi campur n nasi ayam. nasi ayam die pun sedap gak. bagi aku laksa die 5 bintang dari 5 bintang. yeah!!









Wednesday, January 1, 2014

Putu bambu world

seminggu sebelum krismas aku n family saje je gi bercuti ke Selangor. kitorg singgah makan kat Kota damansara. tgh makan tu tgk ada org jual putu bambu warna hijau. cam menarik je. so aku pun cuba beli.





sedap giler ok!

aku biasa nya x suka makan putu bambu. aku lebih gemar putu piring tapi yg ni sedap sangat. dah la gebu pastu macam ada rasa wangi pandan kot. sekotak ni harga die rm3.

memang bagi korg macam mahal kan tapi pecaya la berbaloi2. makan sekali mesti nak lagi. tapi benda ni lebih sedap makan panas2. sbb aku tapau n makan beberapa jam lepas tu macam x best. x gebu.

org yg jual ni kat deretan kedai makan kat kawasan perindustrian kota damansara. die tepi jalan je. aku nak bagitau lebih2 aku bukan duduk selangor pun tapi kalau korg dapat makan, tolong la ingat aku. n tolong makan kan. xtau bila dapat makan lagi.





Tuesday, December 10, 2013

Manhattan fish market(MFM)

Masa ni aku tgh kemaruk nak makan kat Manhattan fish market. ni semua blog punye pasal la. so first time makan xtau nak order apa. jadi mari kita hentam saja la.

amik starter Quad delights.
ada mushroom, sotong goreng, n scallop. yg scallop tu memang sedap. macam cair je dlm mulut.
harga rm21+








main dish amik Scallops fish chicken. rm29+
ada scallops, ikan goreng celup tepung, kentang goreng, ayam herba kot n nasi garlic herb.
air chocolate milkshake rm10+





nampak macam banyak kan? tapi macam x cukup. sbb tetiba anak aku makan banyak lak. nasi bawang putih tu sedap tapi sikit sangat. sayur lak keras bebeno. patut potong kecik2 la kan. nak tercekik anak aku makan. air lak rasa biasa je. macam air susu coklat yg ko goncang2 camtu la rasa die.

so overall biasa je. x teruk n boleh di makan cuma x rasa nak makan sana lagi. macam xde apa yg special sangat.



Thursday, October 24, 2013

Rendang Tok yang sedap

pergh lama giler x tulis kat blog ni kan. biasa la ai bz uolss. anyway, ni bukan nak cerita pasal aku gi makan kat mana2 tapi nak cerita pasal aku masak. ye aku masak rendang tok!!

selama ni takut je nak buat rendang sbb rasa cam susah. pulak tu banyak rempah nak kena letak. tapi tah angin kus2 mana datang tah semalam boleh lak aku buat rendang. aku amik dari blog ini dan blog ini. diorg punye resepi lebih kurang je tapi aku olah sikit biar sedap kat tekak aku.





rendang in the making.



sorila gambar step by step xde. sambil masak sambil jaga anak camtu la jadinya.









hasil nya. makan dgn nasi panas memang best. korang cuba la. memang terbaik ok.







p/s : lepas ni nak try buat kuah kacang lak.